logo2

logo2

Saturday, May 9, 2015

Reka bentuk bilik air (tips ubahsuai bilik air)

Pasti ramai yang tertanya, kenapa bilik air yang dipilih sebagai topik untuk sesi tips ubahsuai kali ini?

Bilik air, tandas atau kamar mandi adalah penting kerana ia adalah salah satu ruang peribadi bagi kita manusia. Samada kegunaan peribadi mahupun kegunaan awam.

Tidak kira bilik air/ tandas di rumah, pejabat, sekolah, kompleks sukan, dan sebagainya adalah ruang penting yang perlu ada pada setiap susun atur dalam sesebuah binaan.

Oleh kerana ia merupakan ruangan peribadi untuk kita(manusia), perlulah ia disediakan dengan rekabentuk yang menarik dan bersesuaian.

Perkara-perkara penting untuk ubahsuai dan membina bilik air anda adalah:
1) Memastikan susunatur dalam ruangan yang kondusif bagi mengelakkan ketidakselesaan, tekanan dan kecederaan dan memberi keselesaan optimum dengan menitikberatkan aspek ergonomik dan antropometrik.

2) Memastikan saliran perpaipan bagi pembentungan ‘greywater’ dan ‘blackwater’ yang sistematik dan teratur bagi mengelakkan permasalahan dikemudian hari seperti masalah tersumbat atau kebocoran paip saluran. Pastikan anda mendapat plumber(tukang paip) yang bertauliah.

3) Memastikan pemilihan perkakasan dan aksesori yang bersesuaian. Contohnya seperti pemilihan mangkuk tandas jenis duduk atau cangkung dan memilih jenis dari segi bahan kemasan, saiz, kepenggunaan dan ‘rough-in’(berapa inci jarak dari dinding ke lubang saliran jamban) yang bersesuaian.

Contoh-contoh aksesori dan perkakasan tandas:

a) Toilet bowl(mangkuk tandas)
b) Wash basin/sink(singki)
c) Shower(pancuran)- jenis pegang, dinding atau siling.
d) Hand bidet and tap(bidet tangan dan paip)
e) Floor trap(perangkap lantai)
Aksesori tambahan:
f) Toilet paper holder
g) Soap dispenser/dish
h) Towel holder/rack
i) Mirror with cabinet
j) Switches/plugpoint
k) Shower screen/glass panel
l) Urinal

4) Memastikan pemilihan kemasan lantai dan dinding yang bersesuaian serta mengikut citarasa yang sesuai dengan pilihan konsep anda. Contohnya memilih kemasan jubin yang berbeza tekstur antara dinding dan lantai yang mana penggunaan jubin yang lebih kasar teksturnya pada lantai. Pemilihan warna juga merupakan peranan yang penting bagi menaikkan mood dalam ruangan tersebut.

5) Faktor pengudaraan juga adalah penting. Sekiranya ruangan tersebut tiada bukaan atau tingkap, digalakkan utuk mempunyai kipas ekzos di dinding atau siling untuk keselesaan.

6) Pencahayaan juga perlu dititik beratkan, bagi keselesaan, keselamatan dan sebagai nilai estetik dalam ruangan tersebut dengan memiliki pilihan lampu dan jumlah yang bersesuaian dengan keluasan ruang.(LED energy savings adalah digalakkan)

7) Akhir sekali, pilihlah untuk anda memiliki bilik air yang mewah, sederhana mewah atau kurang mewah mengikut kesesuaian kepenggunaan dan bajet
.
Bagi sebarang pertanyaan atau berminat untuk mendapatkan khidmat dari kami, sila hubungi:

ZULRA IN DESIGN
014-6441509 (Zul)
014-6441609 (Rana)
zulraindesign@gmail.com
facebook: Zulra In Design



Architecture . Interior Design . Construction

Tuesday, May 20, 2014

Free Interior Design For 2 Lucky Customer !!!!



Salam Sejahtera!!!


Di sini pihak Team Zulra ingin membuat promosi Interior Design Services dengan

PERCUMA!!!

Bagaimana???

1) Hantarkan gambar ruang untuk design contohnya: Office/Living Room/Kitchen/Spa/Kiosk/Booth/ dan lain-lain melalui email zulraindesign@gmail.com berserta dengan detail di bawah:
  •  Nama
  • Alamat
  • Phone
  • Budget 
2) Lengkap kan slogan di bawah:

"Saya ingin khidmat Interior Design kerana........................................(30 patah perkataan)"

Syarat-syarat

1) Ruang tidak melebihi 20ft x 40ft or (20'x40')
2) Hanya 2 peserta yang bertuah akan dipilih
3) Projek mestilah yang akan dijalankan pada June/July ini.
4) Budget seperti upah contractor,pemasangan dan budget modal membeli peralatan dan bahan/furniture/finishes adalah tanggungan peserta sendiri
5) Khidmat Interior Design yang diberi:
  • Interior Design Consultation 
  • Drawings (include printing)
  • 3x site visit
  • Quotation Documents
 Tarikh tutup penyertaan >>>>>>>   6th Jun 2014

Wednesday, May 14, 2014

Before and After Makeover



Mahu lihat result jika anda menggunakan khidmat Interior Designer? Jum lihat gambar di bawah ini>>>>>


                                BEFORE                                                                       AFTER


                               
                                BEFORE                                                                      AFTER

                           BEFORE                                                                          AFTER









Anda boleh lihat sendiri mana satu gambar yang anda lebih suka dan ruang yang anda lebih idamkan. Jika ingin mencari khidmat Interior Designer yang sesuai dengan budget anda, jangan segan contact seperti di bawah>>>>>>>>>>>>

email: zulraindesign@gmail.com
phone: 0146441509/1609(zul/anna)

terima kasih!

Seni Bina Dalaman

Ruang seni bina dalaman yang cantik, kemas dan teratur memberikan perasaan yang gembira dan selesa kepada pengguna. Di sini la tugas seorang Pereka Seni Bina Dalaman atau Interior Designer.

Antara tugas seorang interior designer ialah ada mereka bentuk ruang seperti rumah, pejabat, hotel, restaurant dan sebagainya mengikut cita rasa dan keperluan pelanggan. Suasana ruang yang ceria,bersih dan kondusif memberikan penghuninya menikmati keseronokan sebaik masuk ke ruang tersebut.







Mengapa pentingnya khidmat Interior Designer?

  1. Untuk mendapatkan ruang yang selesa dan lebih berkualiti
  2. Pakar dalam kesesuaian dimensi sesuatu ruang dengan keadaan fizikal manusia
  3. Mempunyai ilmu dalam architecture dan construction
  4. Mengambil berat akan keselamatan pengguna, sentiasa membuat research/ SWOT/ kaji selidik bagi meminumkan kecelakaan atau kemalangan di ruang tersebut
  5. Mempunyai kepakaran dalam mereka "customade furniture"
  6. Sebagai seorang Consultant/perundingcara, Interior Designer sentiasa mendengar kehendak dari pelanggan.
  7. Tugas Interior Designer meluas dari memilih fabrik, perabot, tiles flooring, ceiling, langsir dan lain-lain lagi dengan teliti dan sesuai dengan tema ruang tersebut
  8. Berunding dengan pihak contractor, supplier, technian dan sebagainya
  9. Melahirkan idea-idea kreatif untuk tema dan ruang tersebut
  10. Memberikan pakej yang sesuai dengan budget anda





Kami dari team Zulra In Design memberikan khidmat konsultansi Interior Design Profesional dengan harga yang berpatutan sesuai dengan kehendak pelanggan. Bagi mereka yang berminat boleh menghubungi kami melalui:

email : zulraindesign@gmail.com
phone :0146441509/1609(Zul/Anna)