logo2

logo2

Saturday, May 9, 2015

Reka bentuk bilik air (tips ubahsuai bilik air)

Pasti ramai yang tertanya, kenapa bilik air yang dipilih sebagai topik untuk sesi tips ubahsuai kali ini?

Bilik air, tandas atau kamar mandi adalah penting kerana ia adalah salah satu ruang peribadi bagi kita manusia. Samada kegunaan peribadi mahupun kegunaan awam.

Tidak kira bilik air/ tandas di rumah, pejabat, sekolah, kompleks sukan, dan sebagainya adalah ruang penting yang perlu ada pada setiap susun atur dalam sesebuah binaan.

Oleh kerana ia merupakan ruangan peribadi untuk kita(manusia), perlulah ia disediakan dengan rekabentuk yang menarik dan bersesuaian.

Perkara-perkara penting untuk ubahsuai dan membina bilik air anda adalah:
1) Memastikan susunatur dalam ruangan yang kondusif bagi mengelakkan ketidakselesaan, tekanan dan kecederaan dan memberi keselesaan optimum dengan menitikberatkan aspek ergonomik dan antropometrik.

2) Memastikan saliran perpaipan bagi pembentungan ‘greywater’ dan ‘blackwater’ yang sistematik dan teratur bagi mengelakkan permasalahan dikemudian hari seperti masalah tersumbat atau kebocoran paip saluran. Pastikan anda mendapat plumber(tukang paip) yang bertauliah.

3) Memastikan pemilihan perkakasan dan aksesori yang bersesuaian. Contohnya seperti pemilihan mangkuk tandas jenis duduk atau cangkung dan memilih jenis dari segi bahan kemasan, saiz, kepenggunaan dan ‘rough-in’(berapa inci jarak dari dinding ke lubang saliran jamban) yang bersesuaian.

Contoh-contoh aksesori dan perkakasan tandas:

a) Toilet bowl(mangkuk tandas)
b) Wash basin/sink(singki)
c) Shower(pancuran)- jenis pegang, dinding atau siling.
d) Hand bidet and tap(bidet tangan dan paip)
e) Floor trap(perangkap lantai)
Aksesori tambahan:
f) Toilet paper holder
g) Soap dispenser/dish
h) Towel holder/rack
i) Mirror with cabinet
j) Switches/plugpoint
k) Shower screen/glass panel
l) Urinal

4) Memastikan pemilihan kemasan lantai dan dinding yang bersesuaian serta mengikut citarasa yang sesuai dengan pilihan konsep anda. Contohnya memilih kemasan jubin yang berbeza tekstur antara dinding dan lantai yang mana penggunaan jubin yang lebih kasar teksturnya pada lantai. Pemilihan warna juga merupakan peranan yang penting bagi menaikkan mood dalam ruangan tersebut.

5) Faktor pengudaraan juga adalah penting. Sekiranya ruangan tersebut tiada bukaan atau tingkap, digalakkan utuk mempunyai kipas ekzos di dinding atau siling untuk keselesaan.

6) Pencahayaan juga perlu dititik beratkan, bagi keselesaan, keselamatan dan sebagai nilai estetik dalam ruangan tersebut dengan memiliki pilihan lampu dan jumlah yang bersesuaian dengan keluasan ruang.(LED energy savings adalah digalakkan)

7) Akhir sekali, pilihlah untuk anda memiliki bilik air yang mewah, sederhana mewah atau kurang mewah mengikut kesesuaian kepenggunaan dan bajet
.
Bagi sebarang pertanyaan atau berminat untuk mendapatkan khidmat dari kami, sila hubungi:

ZULRA IN DESIGN
014-6441509 (Zul)
014-6441609 (Rana)
zulraindesign@gmail.com
facebook: Zulra In Design



Architecture . Interior Design . Construction